Rabu, 30 Disember 2015

Petua Mata Bersinar

 Tips Mata Bersinar

Bagi sesiapa yang berkeinginan tapi kurang berkemampuan, bolehlah cuba petua tradisional yang lebih jimat tapi dikatakan mampu memberikan kesan yang hebat.

Caranya ialah ambil sekeping kapas bersih dan rendamkan ke dalam bancuhan air teh yang pekat dan sejuk.
Sandarkan sedikit kepala ke belakan atau kalau nak berbaring terus pun boleh juga, pejamkan mata dan tempekkan kapas tu pada mata.

Pastikan kapas yang dicelup atau direndam tu tidak terlalu basah sehingga airnya boleh meleleh ke dalam mata. Dan pastikan mata tu dipejam rapat agar air teh tak mengalir masuk. Takut-takut nanti tak pasal-pasal ‘merah’ dan bengkak lak mata tu.

Jangan lak lupa untuk tempek ler kat kedua-dua belah. Kalau buat sebelah jer, nanti sebelah mata jer lah yang bersinar.. hehe


Cuba amalkan petua nie 2-3 kali setiap minggu. Jika rajin diamalkan, pasti akan melihat perubahannya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan